| Delrina's profileDoc DelBlogLists | Help |
|
July 28 Cheers darling.This will probably be my last entry in Belfast, as it is too painful to write a blog the day before I go home.
This will probably be my last entry in MSN, because its lack of a load of things namely a shout box and ability to plug in videos or even inserting a decent picture in the middle of an entry has been irritating me for some time.
I am still packing. Despite increasing the probable number of clothes and toiletries to throw away, I still doubt the ability of my luggage to hold everything.
I don't know why I don't sleep even when I feel groggy, and even when I pray and my knees are shaking from the lack of rest. Sometimes I sit in my room, the kitchen, the living room, and stare into space. Actually my mom pointed this out to me during her visit to UK, followed by my housemate recently. I guess I'm still in a disbelief. Probably those in Malaysia will think, big deal, other people haven't been to any other countries and you will remember that if you're not so self-absorbed. That's true, but I always referred to Belfast as home albeit a second one. And I'm losing one home.
CK told me it will be like a long summer holiday, and I will eventually realize a year has passed. Maybe that's true.
To all my NI friends, I will probably never see some of you again. But thanks for all the memories. Halalkan kalau termakan dan terminum... and if I owe money to some of you, remind me and I'll pay you back... in RM that is...
If you happen to pass by my house (and some of you will remember where it is), you are welcome to give me a buzz.
Cheerio. July 25 I have to write this down; otherwise I'll have a nightmareThere are so many things in my head right now, and I'm longing for a person to just pop in the IM to say hi so I can forgo the buzzing in my cranium, but sadly, I have to resort to writing incoherent words in my blog.
Like how I strangely regretted the large helping of chocolate sponge pudding for dessert because it made me and my housemate very easily amused and howl with laughter at mundane stuff. Why I regret it? Because now I'm having sugar crash after the sugar rush.
Like how I am so loving my hair that survived rebonding nearly a year ago and is still straight(er than normal). And how pleasantly amazed I am with the new brand of shampoo that I'm using: Head and Shoulders Smooth and Silky. Yes yes it is anti-dandruff, but I never have thought it would give me the extra boost of bounce and shine I never really had before. So, the dandruff was a blessing in disguise (Oops too much info...)
Like how I realized I eventually did the two things a friend told me to do to look like the trendy clubber chicas... 8 years later.
Like how I was surprised to find out that the recurring dream theme I had for weeks stems from a feeling of a void that needs to be filled.
Like how I bought ten NI magnets as souvenirs for my relatives and my close friends today.
Like how peeved I was, trying to pack my luggage. It is still not sorted yet. Now I know for sure that I am procrastinating.
Like how I hate running into married people when I go to chatrooms, and worrying later that if I marry, my future husband will do a mini rendezvous on the net as well. (I blame the sugar for this particular paranoia)
Like how I am craving for KFC for nearly a week... and counting.
Like how excited I am to wear my new MNG top this weekend.
An example of people who should be banned from chat roomsThe world is full of married men with wives who never understand. They're looking for someone to share the excitement of a love affair. And just as soon as they find you they'll wine you and dine you. Fly on the wings of romance. But in the eyes of the world you're just another girl who loves a married man. Uh! They do it, they do it, they do it, they do it again and again. Ow! They do it, they do it, they do it, they do it. These married men. Ooh, you make him feel so young, but his wife is still the number one. He promises to marry you. Yeah, just as soon as his divorce comes through. Whoa, it's not just a fling, he swears it's the real thing, a love that will last 'til the end. But as he's driving away you know it's true what they say about a, a married man. An interesting lyric of a song by Bette Midler. Don't ask me how the song goes. July 23 Contestants in 'One in a Million' can really sing!Entah kenapa hari ni serabut sikit. An idle mind is the devil's playground, perhaps.
This song reminds me of a time when I was so pathetic and currently makes me feel more pissed off at myself for having been so pathetic. It's funny in a way. To disclose a bit of info, once upon a time there was a guy who wants to know me better, and I was interested, but I played a bit of a mind game. I had the impression then that he couldn't swallow the probability of rejection, and in the end he comes back into my life and disappears whenever he liked. Until a time he never contacts me at all.
I was pissed; a man is not a man if he's not persistent, that WAS the idea in my head.
Ironically after him came another man whom I didn't really care for in that particular way. He kept pouncing into my life although I kept pushing him out. Yes he was persistent; no I was not interested.
Lesson learnt:
Padan muka, jual mahal lagi.
Dan lagunya ialah...
seberapa pantaskah kau untuk ku tunggu cukup indahkah dirimu untuk slalu kunantikan mampukah kau hadir dalam setiap mimpi buruku mampukah kita bertahan disaat kita jauh seberapa hebat kau untuk kubanggakan cukup tangguhkah dirimu untuk slalu kuandalkan mampukah kau bertahan dengan hidupku yang malang sanggupkah kau meyakinkan disaat aku bimbang celakanya hanya kaulah yang benar benar aku tunggu hanya kaulah yang benar benar memahamiku kau pergi dan hilang kemanapun kau suka celakanya hanya kaulah yang pantas untuk kubanggakan hanya kaulah yang sanggup untuk aku andalkan diantara beri aku slalu menantimu mungkin kini kau tlah menghilang tanpa jejak mengubur semua indah kenangan... tapi aku slalu menunggumu disini bila saja kau berubah pikiran July 20 Hamil: Boleh terbang atau tidak?Bila saya baca tajuk artikel ini dalam Utusan Online Segmen Kesihatan 20/7/2006, saya terfikir:
Hamil: Boleh terbang atau tidak?Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN BERBANDING sedekad lalu, kita kini semakin kerap menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara yang kian popular untuk menuju ke destinasi-destinasi jauh. Ditambah dengan promosi tambang murah membolehkan rakyat yang dahulunya tidak terfikir untuk terbang tinggi di awan, sudah boleh berbuat demikian. Pendek kata, menaiki kapal terbang menjadi sebahagian daripada kehidupan moden baik bagi tujuan perniagaan, pelancongan, tugasan mahupun kembali bercuti di kampung. Wanita hamil tidak terkecuali walaupun kadangkala, timbul keraguan tentang keselamatan ibu dan anak dalam kandungan semasa berada pada altitud yang tinggi, tahap kelembapan rendah serta perubahan tekanan udara di dalam kabin pesawat. Namun, secara peribadinya, apa yang lebih membimbangkan adalah fakta bahawa anda sedang berada di udara selama beberapa jam dan yang mengalas di bawah hanyalah lautan nan terbentang luas. Dan sekiranya apa-apa berlaku semasa di atas, kemudahan perubatan yang bakal anda terima adalah apa yang tersedia di dalam perut kapal sahaja. Dan apabila anak kapal terpaksa membuat pengumuman, “Ada doktorkah di dalam penerbangan ini, kita ada kes kecemasan”, sudah tentu ia bukan sesuatu yang menggembirakan. Yang pasti, kapal terbang bukanlah hospital yang bagus untuk bersalin. Berdasarkan laporan Kolej Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG), keadaan persekitaran berkaitan penerbangan boleh menyebabkan peningkatan kadar degupan jantung, tekanan darah tinggi naik dan sukar bernafas bagi ibu-ibu hamil yang lemah sistem kardiovaskularnya. Dalam kenyataan yang sama, ACOG memberitahu, masa paling selamat untuk terbang adalah apabila kandungan masuk tiga bulan kedua/trimester kedua. Kebanyakan keguguran berlaku dalam tempoh trimester pertama manakala trimester ketiga membawa risikonya yang tersendiri seperti kelahiran pramatang dan lain-lain komplikasi. Pakar Runding Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor, Dr. Laila Shikh A. Rahman berkata, umumnya tiada sebarang komplikasi pada ibu atau bayi yang dikandung semasa berada di udara. “Kecuali jika berlaku perkara-perkara yang tidak dijangka misalnya kelahiran mengejut atau kecemasan obstetrik lain. “Andai kata berlaku kecemasan seumpamanya, bantuan yang dapat diberikan pada tahap minimum. Ini wajib diketahui oleh semua wanita hamil sebelum mengambil keputusan menaiki pesawat,” katanya. Menurutnya, dalam kes-kes tertentu penerbangan tidak digalakkan atas sebab-sebab kesihatan bagi mengelakkan komplikasi akibat kelewatan atau ketiadaan bantuan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kerana risikonya terlalu tinggi. * Kelahiran tidak cukup bulan Dr. Laila berkata, tiada bukti saintifik yang menyokong bahawa penerbangan meningkatkan risiko keguguran atau kelahiran tidak cukup bulan. Kalau pun berlaku, ia mungkin kerana si ibu stres jika penerbangan mengambil masa yang lama dan dalam keadaan tidak selesa. “Berlainan dengan ibu yang hamil lebih daripada seorang janin, mempunyai sejarah kelahiran tidak cukup bulan atau, pintu rahim tidak ketat, risiko melahirkan bayi tidak cukup bulan adalah lebih tinggi sekali pun tidak menaiki pesawat. “Jika mempunyai rancangan untuk menaiki pesawat, mereka harus mendapatkan pemeriksaan teliti daripada pakar perbidanan dan dicadangkan supaya menerima nasihat doktor dengan serius,” ujar beliau. Hal ini penting kerana jika kelahiran berlaku di dalam pesawat, bantuan terhadap bayi yang berisiko tinggi ini dapat diminimumkan. * Fenomena tromboembolisme (VTE) Keadaan ini menyebabkan darah membeku di dalam salurannya. Jika tidak bernasib baik, darah beku itu kemudiannya beralih tempat ke saluran darah di paru-paru lantas menghalang pengoksigenan. “Ini boleh membawa kepada kematian mengejut. Fenomena ini pada awalnya lebih kerap berlaku pada wanita Barat berbanding Timur. “Akibat perubahan gaya hidup, pemakanan dan saiz badan, insidennya diperhatikan meningkat di dalam masyarakat tempatan khususnya pada wanita hamil berbadan besar,” jelas Dr. Laila. Di United Kingdom, fenomena ini digelar Sindrom Kelas Ekonomi berikutan berlakunya beberapa kes yang melibatkan kematian mendadak wanita muda yang menaiki pesawat kelas ekonomi dari perjalanan jauh, melebihi 18 jam. “Semasa di dalam pesawat terutamanya bagi perjalanan jauh, sangat perlu untuk anda bergerak dari tempat duduk dari semasa ke semasa. “Minum air yang mencukupi. Jika perjalanan terlalu jauh, penggunaan stoking ketat khas dapat membantu mengurangkan risiko VTE.” Bagi wanita hamil yang pernah mengalami VTE, ada waris terdekat yang mempunyai masalah sama atau mempunyai berat badan berlebihan, pemeriksaan kesihatan yang teliti adalah sangat mustahak sebelum perjalanan. Ubat-ubat tertentu mungkin dapat membantu mengurangkan risiko ini. * Kekurangan oksigen pada altitud tinggi Semakin tinggi kedudukan seseorang dari paras laut (altitud), semakin rendah tekanan separa oksigen. Bagaimanapun, bagi penerbangan komersil, altitud penerbangan lazimnya hanya memberi perbezaan tekanan separa oksigen yang kecil. Hal ini, kata Dr. Laila, biasanya tidak memudaratkan bayi di dalam kandungan kerana mereka dianugerahkan sistem pertahanan yang dapat menahan perubahan tekanan separa oksigen yang tidak keterlaluan. “Bagaimanapun, perbezaan kecil ini boleh memberikan kesan negatif terhadap bayi yang dikandung oleh ibu anemia dan dinasihat mendapatkan rawatan terlebih dahulu. “Jika perjalanan tidak dapat dielakkan sebelum anemia dapat dirawat, ibu ini perlu mendapatkan bekalan oksigen dalam perjalanan,” katanya. Bagi pesakit sel sikel (jarang berlaku di Malaysia), adalah lebih baik jika perjalanan dapat dielakkan kerana krisis penyakit ini lebih mudah berlaku pada altitud tinggi. Jika tidak, bekalan oksigen semasa perjalanan mungkin dapat membantu mengurangkan risiko komplikasi. * Kemalangan di dalam pesawat Tali pinggang keselamatan di dalam pesawat harus dipakai di bawah perut supaya jika terdapat sebarang pergerakan mendadak, bahagian tulang pelvis yang akan menyerap impak tersebut dan bukannya bahagian bertentangan rahim. Sekali gus, ini dapat mengurangkan risiko uri terpisah awal dari kawasan tempelannya pada rahim ataupun kebocoran rahim. Kedua-dua insidens ini boleh menyebabkan kematian ibu dan bayi. * Kecemasan obstetrik Satu perkara yang mesti diketahui, kata Dr. Laila, kehamilan risiko rendah boleh berubah menjadi berisiko tinggi pada bila-bila masa dan ada kalanya di luar jangkaan. “Seseorang ibu boleh dengan tiba-tiba terasa hendak bersalin dan melahirkan bayi dalam waktu yang singkat walaupun sebelum itu keadaannya adalah normal. Begitu juga dengan komplikasi-komplikasi kehamilan lain yang boleh berlaku secara mendadak. “Syarikat penerbangan tidak mempunyai perkhidmatan kesihatan yang mencukupi di udara walaupun kemudahan asas seperti oksigen dan cecair aliran vena ada disediakan,” tambahnya. Oleh itu, wanita hamil harus bersedia secara mental untuk menghadapi risiko sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangkakan semasa di dalam penerbangan. Perjalanan menaiki pesawat semasa hamil adalah selamat apabila seseorang wanita itu berpengetahuan tentang risikonya dan mengambil langkah-langkah wajar sebelum dan semasa perjalanan. “Wanita-wanita hamil yang berisiko tinggi harus sedar akan bahaya yang mungkin dihadapi dan dapat menimbangkan sama ada risiko yang diambil benar-benar berbaloi. “Adalah lebih baik jika perjalanan ini dapat dielakkan. Mematuhi nasihat doktor adalah sangat perlu dan mustahak di dalam konteks ini,” tegas Dr. Laila. July 14 My verdict of Pirates of the Carribean: Dead Man's ChestWhen one has to munch on stale popcorn just to keep awake (and watch Johnny Depp), what can you expect?
The first one is MUCH MUCH better. But watch the second for the craic/crack (however they spell it here). The movie will be far far better if it is not too serious... and if I understand what the story is all about. You lost me at hello, man. Layan movie Korea lagi bagus.
July 12 On ZizouI think it's a bit unfair when I read blogs of Malaysians, who live in Malaysia, blaming Zinadine Zidane for being a hooligan by 'menyodok' (taking Dyanna's description) Matterazi. I am sure that if Zizou does that, especially when it is very near to the end of his career, it must be for a concrete reason so intolerable for him to give in to patience.
I empasize Malaysians who live in Malaysia, because I noticed Malaysians living abroad seem to think Zinadine might have a reason behind his actions, although what he did can't be taken lightly. There are some talks about nipple-tweaking, comments about terrorists, comments about Islam, comments about family. I guess Muslims living abroad can sympathize because almost all of us experience this to some degree. And if it is true what
the papers have been speculating about, well, I applaud Zidane for defending his honour. Just my two cents. But if it's something less controversial than those speculations, well, shame on him.
Whatever it is, I'll just wait to whatever truth behind his actions that I am sure will unfold later. July 11 Kenapa saya memilih hujan batuSemenjak dua menjak ini, saya dan ibu bapa saya sering diterjah dengan soalan-soalan daripada ibu bapa lain yang ada anak yang belajar/bekerja di rantauan. Mengapa saya memilih untuk kerja di tanah air yang penuh dengan karenah birokrasi dan gaji yang kurang setimpal dengan tempoh dan kos pengajian (walaupun saya lihat situasi itu sudah mula dibaiki). Malahan untuk mengambil peperiksaan MRCP/FRCS (atau MRCPath untuk saya, mungkin), lebih senang dan yurannya tidak berapa membebankan di UK berbanding Malaysia. Semuanya ini menjadi misteri untuk ibu bapa yang lebih menyenangi anaknya bekerja di luar negara.
Saya jarang berterus terang dalam jawapan saya. Selalunya saya katakan saya rindukan kampung halaman (PJ dan Pasir Puteh), dan ianya benar, tetapi tidak 100%.
1. Saya mahu pulang kerana saya mahu berbakti kepada rakyat di tanah air.
Tetapi saya tidak bermaksud untuk memilih bulu. Saya senang melayan pesakit-pesakit di Northern Ireland ini, terutamanya di kawasan luar bandar. Saya juga menyenangi perbualan saya dengan orang-orang tua yang kelihatan sunyi dan inginkan seseorang untuk bersenda gurau. Dan saya suka menghadiahkan senyuman kepada kanak-kanak kecil yang tidak segan memerhatikan saya yang kelihatan 'lain' daripada yang lain kerana bertudung.
Semasa saya di tahun keempat, saya kadang-kadang terfikir apakah perasaannya jika saya pulang ke tanahair dan berbakti kepada orang-orang di negara sendiri. Bila saya menjalani latihan elektif saya di Kuala Lumpur tahun lepas, saya dapati tahap kepuasan 'kerja' saya sama dengan di UK, walaupun lebih sibuk. Pesakit lebih menghargai latihan saya di Northern Ireland yang sangat mementingkan kemahiran berkomunikasi dengan pesakit.
2. Ayah saya dah tua :)
Saya anak sulung, tetapi jika dibandingkan dengan anak-anak kawan sebaya ayah saya, saya sebaya dengan anak-anak bongsu mereka. Cukup-cukuplah ayah saya bekerja kontrak di universiti; biarlah saya bantu menjaga keluarga dengan berada di Malaysia.
3. Kos sara hidup di UK hampir sama dengan kos sara hidup di Malaysia.
Memanglah jika duit yang disimpan di UK dibawa ke Malaysia, ia hampir 7 kali ganda berbanding ringgit. Tetapi bila saya berbual dengan orang-orang yang berkecimpung dalam bidang ekonomi dan perakaunan (termasuk ayah saya), kos sara hidup sebenarnya sama sahaja di mana-mana. Cuma kuasa membeli di UK lebih tinggi kerana buku-buku dan baju-baju di butik tidak 'semahal' di Malaysia. Mungkin selepas ini ada peniaga Malaysia yang lebih bijak dan menerbitkan buku bermutu dengan kos yang lebih murah. Saya juga berharap ada lebih ramai pereka fesyen Malaysia yang mereka baju untuk semua jenis bentuk badan, bukannya hanya untuk badan amoi-amoi belasan tahun dan punya ketinggian seperti model. Saya masih tak percaya rakan saya yang memakai saiz 12 di UK (saiz 8-10 di US) memakai saix XXL di Malaysia. Apa hal?
4. Adanya sumber untuk menghilangkan stress bekerja (support system).
Di Malaysia, kalau saya malas masak saya boleh beli makanan halal di mana-mana. Jika saya bosan, saya boleh hubungi ibu bapa dan adik-adik dan juga rakan-rakan. Jika saya bosan juga, saya boleh mengunjungi pusat beli belah yang dibuka sehingga lewat malam atau pergi ke restoran atau bistro yang buka 24 jam.
Di sini, rakan-rakan saya majoritinya dalam bidang perubatan yang sentiasa sibuk dan bekerja tidak tentu waktunya. Pusat beli belah tutup pada jam 6 petang kerana orang di sini lebih senang mengunjungi pub dan kelab malam (dan juga kerana tidak mampu membayar gaji servis pekerja lebih masa). Makanan halal? Di NI alamatnya kebab, nasi briyani dan seafood dan vegetarian sahajalah.
5. Stress bekerja sama sahaja di mana-mana.
Saya tidak pernah lagi berjumpa dengan mana-mana houseman (doktor pelatih) yang suka pergi kerja. Di UK mahupun di Malaysia.
Mungkin ada lagi sebab-sebab kecil mengapa saya ingin pulang, tapi saya tidak boleh fikir apa-apa lagi secara spontan. Saya selalunya menaip terus ke dalam komputer dan upload entry-entry saya: saya tidak menulis dalam Microsoft Word dan meng-edit terlebih dahulu. Saya harap lepas ni, kalau ada yang bertanya dengan saya tentang hal ini di Malaysia, saya boleh mengutarakan hujah-hujah saya dengan laju dan tidak sekadar menyatakan "Money is not everything" yang bisa dipatahkan dengan "Well, you haven't worked yet."
Pasal "Money is not everything" tu, mungkin saya akan menukar fikiran saya bila saya memulakan syif 36 jam saya di hospital. Tapi setakat ini, saya masih berpegang teguh dengan idealisma saya.
BTW, saya dah dapat tiket balik Malaysia saya. Rasa gembira, tapi rasa sayu pula sebab tak ada tiket return.
July 10 A note for the weekFirst thing's first. I am officially a doctor. An unemployed one at that. Based on my talks with other doctors, they told me to enjoy the two months break, because that's the longest break I'll ever have apart from retirement.
My family came over on the 2nd.
I graduated on the 3rd.
My family and I went around Antrim Coast and Giant's Causeway on the 4th.
Went to London on the 5th. Took the Heathrow Express Rail, which was unbelievably fast. Stayed around Edgware Road.
Went to Oxford St for three days. Not in a row, but still...
Went on a London bus tour on the 8th. Damaging to the pocket, but VERY worth it. I, for the first time, watched the Changing of Guards at Buckingham Palace. Mind you, this is the 5th time I went to London. Also managed to stumble onto Little Venice at Paddington.
Mama finally found and bought the Old Country Roses china by Royal Albert after years of 'mengidam.'
My family and I parted ways at Heathrow. I think this is the most depressing parting ever, since I stayed in the UK. Maybe it was the fact that I can choose to go home with them. Instead, I chose two weeks after. Got some stares from passerbys, probably because I didn't bother to wipe the tears down my face.
Two more weeks to go.
I didn't exactly get Awa's permission, but feel free to have a look at her fotopage for our pictures at Paris!
I didn't exactly get Olin's permission too (in fact, tak tanya pun lagi hehe) but, well, here's one of the graduation pics!
|
|
|